https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_PPI001_1679993992.png

E-SUMBANGAN/WAQAF PENDINGIN HAWA

ASSALAMUALAIKUM,

PUSAT PENDIDIKAN IRSYADIYAH DENGAN RENDAH HATI MEMOHON SUMBANGAN WAKAF DARI TUAN DAN PUAN SEKALIAN UNTUK MEMBANTU KAMI MEMASANG SISTEM PENDINGIN HAWA LAPAN (8) BILIK KELAS DI PREMIS BARU KAMI (TINGKAT 1 ATAS SECRET RECIPE BANDAR TASIK PUTERI)

SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA PEMBELAJARAN AGAMA, KAMI BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG SELESA DAN KONDUSIF BAGI PELAJAR-PELAJAR KAMI.

DALAM USAHA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN TERSEBUT, KAMI MEMERLUKAN BANTUAN DARI PARA DERMAWAN UNTUK MENDERMA WAKAF BAGI TUJUAN TERSEBUT. SETIAP SUMBANGAN TUAN DAN PUAN ADALAH SATU LANGKAH KE HADAPAN DALAM MEMASTIKAN PELAJAR-PELAJAR KAMI DAPAT BELAJAR DALAM SUASANA YANG LEBIH BAIK.

 JUMLAH KOS PEMASANGAN:

BIL. PERKARA KOS
1 DAIKIN : FCC50A/RC50B-3CK-LF (2.0HP) RM3099 X 8 UNIT RM 24,792
2 PEMASANGAN BIASA (RM730 X 8) RM   5,840
3 PENDAWAIAN TAMBAHAN (RM250 X 8) RM   2,000
JUMLAH KESELURUHAN RM 32,632

 

KAMI BERHARAP TUAN DAN PUAN DAPAT MEMBANTU MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN MASING-MASING. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN DAN SUMBANGAN TUAN DAN PUAN DENGAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA. SUMBANGAN TUAN DAN PUAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN DI BAWAH:

NAMA           : SEKOLAH RENDAH ISLAM IRSYADIYAH

BANK            : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

NO AKAUN : 12207010000893

RUJUKAN   : WAKAF PENDINGIN HAWA

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TUAN DAN PUAN SEKALIAN.

SEBARANG PERTANYAAN/MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG DENGAN MUDIR USTAZ MOHAMAD BAKIR - 019-272 1164

 

 

LAGI
https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_Root_1559202659.png

KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR

NAMPAKNYA KITA BAKAL MEMASUKI FASA TERAKHIR RAMADAN YANG MANA PADA 10 AKHIR BULAN MULIA INI, UMAT ISLAM DISERU MELIPATGANDAKAN AMALAN KEPADA ALLAH.

SESUNGGUHNYA, ALLAH MENJANJIKAN TERDAPAT SATU MALAM YANG AMAT BERMAKNA KERANA ALLAH MEMBERITAHU KEPADA KITA BAHAWA ALLAH MENURUNKAN AL-QURAN PADA MALAM TERSEBUT IAITU LAILATUL QADAR.

IA ADALAH MALAM YANG PENUH KEBERKATAN SEPERTI FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AD-DUKHON AYAT YANG KE 3 YANG BERMAKSUD: \"SESUNGGUHNYA KAMI MENURUNKANNYA PADA SUATU MALAM YANG DIBERKATI DAN SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MEMBERI PERINGATAN.\"

ARTIKEL BERKAITAN: AL-QURAN ITU MUKJIZAT PALING AGUNG, REBUTLAH GANJARAN MEMBACANYA


ITULAH MALAM LAILATUL QADAR DAN IA PADA BULAN RAMADAN SEPERTI FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT YANG KE 185 YANG BERMAKSUD: \"BULAN RAMADAN MERUPAKAN BULAN YANG DIDALAMNYA DITURUNKAN AL-QURAN SEBAGAI PETUNJUK BAGI MANUSIA DAN PENJELASAN-PENJELASAN MENGENAI PETUNJUK ITU DAN PERBEZAAN ANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL.

DICERITAKAN DIDALAM TAFSIR IMAM IBN KHATIR DARI MUJAHID: PADA BANI ISRAIL ITU ADA SEORANG LELAKI YANG MANA BANGUN MALAM BERIBADAH SEHINGGA TERBIT MATAHARI, KEMUDIAN DIA MEMERANGI MUSUH PADA SIANG HARI SEHINGGA KE PETANG.

AMALAN MEMBACA AL-QURAN AKAN MENDAPAT RAHMAT YANG LUAR BIASA SEPERTI DIJANJIKAN ALLAH.

DIA MELAKUKAN YANG DEMIKIAN ITU SELAMA 1,000 BULAN KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN AYAT YANG BERMAKSUD: \"MALAM KEMULIAAN (LAILATUL QADAR) ITU LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.

MELAKUKAN IBADAH PADA MALAM LAILATUL QADAR ITU LEBIH BAIK DARIPADA APA YANG DIKERJAKAN OLEH LELAKI ITU.

DI DALAM SATU HADIS YANG DIKELUARKAN OLEH IMAM NASA’I, DARIPADA ABU HURAIROH TELAH BERKATA: \"KETIKA MANA TELAH DATANG BULAN RAMADAN, TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW.

\"TELAH DATANG KEPADA KAMU BULAN RAMADAN, BULAN YANG PENUH KEBERKATAN, TELAH DIFARDUKAN ALLAH KE ATAS KAMU UNTUK BERPUASA, DIBUKA PADANYA PINTU-PINTU SYURGA, DAN DITUTUP PADANYA PINTU-PINTU NERAKA, DIRANTAI PADANYA SYAITAN-SYAITAN, PADANYA MALAM LAILATUL QADAR SEBAIK 1,000 BULAN, SIAPA YANG TERLEPAS DARIPADA KEBAIKANNYA MAKA IA HILANG KELEBIHAN ITU,\" SABDA BAGINDA.

APAKAH AMALAN PADA 10 MALAM TERAKHIR

1. MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN MENGERJAKAN IBADAH SOLAT SERTA MEMBACA AL-QURAN. DARIPADA ABU HURAIROH SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW TELAH BERKATA YANG BERMAKSUD: \"SESIAPA YANG BANGUN MALAM LAILATUL QADAR DENGAN PENUH KEIMANAN DAN PERHITUNGAN (MUHASABAH DIRI), AKAN DIAMPUNKAN DOSA-DOSANYA YANG LALU.

2. MEMBANGUNKAN AHLI KELUARGA SEPERTI MANA YANG DILAKUKAN OLEH BAGINDA RASULULLAH. DARIPADA AISYAH: ADALAH RASULULLAH JIKA MASUK PADA MALAM 10 MALAM TERAKHIR, MAKA IA AKAN MENGHIDUPKAN MALAM-MALAM ITU DAN MEMBANGUNKAN AHLI KELUARGANYA DAN AKAN MENJAUHI DARIPADA MEMBUAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

BANYAKKANLAH MELAKUKAN SOLAT PADA WAKTU MALAM SEPANJANG RAMADAN TERUTAMANYA PADA 10 MALAM AKHIR.

3. BERIKTIKAF DI DALAM MASJID DENGAN MELAKUKAN PERBUATAN-PERBUATAN YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SEPERTI SOLAT, ZIKIR, MEMBACA AL-QURAN DAN SEBAGAINYA. INI KERANA BAGINDA RASULULLAH AKAN BERIKTIKAF KETIKA MANA MASUK 10 MALAM YANG TERAKHIR.

4. BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN MEMINTA KEAMPUNAN-NYA. AISHAH PERNAH BERTANYA BAGINDA RASULULLAH APA YANG PERLU DIKATAKAN PADA MALAM LAILATUL QADAR, MAKA KATA BAGINDA: “KATAKANLAH, YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI ENGKAU MAHA MULIA DAN SUKA KEPADA PENGAMPUNAN MAKA AMPUNILAH AKU.

5. BERSEDEKAH DENGAN KEIKHLASAN KEPADA ALLAH. INI KERANA JIKA SEDEKAH YANG DILAKUKAN ITU BERTEPATAN DENGAN MALAM LAILATUL QADAR MAKA AMALAN SEDEKAH ITU JUGA AKAN DILIPATGANDAKAN LEBIH BAIK DARI 1,000 BULAN.

BILAKAH MALAM LAILATUL QADAR ITU

DARIPADA MARSAD TELAH BERKATA: \"AKU TELAH BERTANYA KEPADA ABU DZAR: BAGAIMANA KAMU TELAH BERTANYA RASULULLAH MENGENAI MALAM LAILATUL QADAR?\"

BERKATA ABU DZAR: \"WAHAI RASULULLAH BERITAHU KEPADAKU MENGENAI MALAM LAILATUL QADAR, ADAKAH IA DI BULAN RAMADAN ATAU SELAIN DARIPADANYA?\" MAKA BERKATA RASULULLAH: \"BAHKAN IA DALAM BULAN RAMADAN.\"

AKU BERTANYA LAGI: \"ADAKAH IA BERSAMA NABI, DAN APABILA WAFATNYA NABI-NABI ITU MAKA IA DIANGKAT? ATAUPUN IA SEHINGGA HARI KIAMAT?\" BERKATA RASULULLAH: \"BAHKAN IA SEHINGGA HARI KIAMAT.\"

PAHALA BERSEDEKAH YANG BERTEPATAN DENGAN MALAM LAILATUL QADAR AKAN DILIPATGANDAKAN LEBIH BAIK DARI 1,000 BULAN.

AKU BERTANYA LAGI: \"MANA BAHAGIAN PADA BULAN RAMADAN?\" BERKATA RASULULLAH: \"CARILAH KAMU PADA 10 YANG TERAWAL DAN 10 YANG TERAKHIR.\"

KEMUDIAN RASULULLAH PUN BERCAKAP (DENGAN SAHABAT YANG LAIN) SEHINGGA AKU MELIHAT RASULULLAH BERHENTI SEKETIKA MAKA AKU PUN BERTANYA LAGI: \"MANA SATU YANG 20 ITU TADI WAHAI RASULULLAH?\"

MAKA BERKATA RASULULLAH: \"CARILAH PADA 10 MALAM TERAKHIR DAN JANGAN TANYA AKU SELEPAS DARIPADA INI.\"

KEMUDIAN RASULULLAH PUN BERCAKAP (DENGAN SAHABAT YANG LAIN) SEHINGGA AKU MELIHAT RASULULLAH BERHENTI SEKETIKA MAKA AKU PUN BERTANYA LAGI: \"WAHAI RASULULLAH, AKU BERSUMPAH KE ATAS ENGKAU DENGAN HAK AKU KE ATAS ENGKAU, BOLEH TAK ENGKAU MEMBERITAHU AKU MANA SATU 10 MALAM ITU?\"

MAKA RASULULLAH MARAH DENGAN MARAH YANG SANGAT DAHSYAT DAN AKU TIDAK PERNAH MELIHAT RASULULLAH MARAH SEBELUM DARIPADA INI SEJAK AKU BERKAWAN DENGANNYA.

MAKA BERKATA RASULULLAH: \"CARILAH PADA TUJUH YANG TERAKHIR, DAN JANGAN KAMU TANYA AKU LAGI SELEPAS DARIPADA INI. [2]

SESUNGGUHNYA TERDAPAT PERSELISIHAN DI ANTARA PARA ALIM ULAMA YANG MANA ADAKAH MALAM LAILTUL QADAR INI BERUBAH-RUBAH ATAUPUN IA TETAP PADA HARI ITU SAMPAILAH KE HARI KIAMAT.

YANG PASTINYA ADALAH MALAM LAILATUL QADAR ITU PADA 10 MALAM TERAKHIR DAN IA ADALAH PADA MALAM-MALAM YANG GANJIL.

*[2] DIKELUARKAN OLEH IMAM NASAI’. TELAH BERKATA ULAMA BAHAWA HADIS INI ADALAH LEMAH DISEBABKAN MARSAD ITU TADI.

***DR. NUR MOHAMMAD HADI MERUPAKAN PENSYARAH KANAN, FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

LAGI
https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_Root_1559202504.jpg

KETAHUI 7 KELEBIHAN RAMADAN

RAMADAN YANG KITA TUNGGU-TUNGGU HAMPIR TIBA SEBAGAIMANA KITA SELALU BERDOA; “YA ALLAH BERKATILAH PADA BULAN REJAB DAN SYA’BAN DAN SAMPAIKANALAH KAMI DENGAN BULAN RAMADAN.”PERSOALANNYA SUDAH BERAPA KALI RAMADAN KITA SUDAH MELALUINYA? MUNGKIN DAH 10 TAHUN DAN LEBIH TAPI KITA MASIH LAGI MALAS UNTUK MELAKUKAN SOLAT SEBALIKNYA SEKADAR MELAKUKANNYA PADA HUJUNG WAKTU SAHAJA.BEGITU JUGA AMALAN MEMBACA AL-QURAN SEKADAR DILAKUKAN PADA BULAN RAMADAN NAMUN SELEPAS ITU, KITAB SUCI BERKENAAN DILUPAKAN.

SEBENARNYA BULAN RAMADAN IALAH BULAN LATIHAN UNTUK JADI MUSLIM YANG PATUH DAN TAAT KEPADA ALLAH.

SOLAT SUNAT TARAWIH MEMPUNYAI BANYAK KEBERKATAN. (GAMBAR HIASAN)

INI KERANA PADA BULAN RAMADAN ALLAH TUTUP PINTU NERAKA DAN DIBUKA PINTU SYURGA, ALLAH RANTAI SEGALA SYAITAN SEBAGAI BANTUAN KEPADA KELANCARAN DAN KEBERKESANAN LATIHAN KITA.

ALLAH MENEGASKAN BAHAWA; “SETIAP PERBUATAN ANAK CUCU ADAM ADALAH UNTUKNYA KECUALI PUASA. KERANA PUASA ITU UNTUKKU DAN AKULAH YANG AKAN MEMBALASNYA.”

DALAM AL-QURAN ALLAH MENYATAKAN; “SESIAPA YANG BERJIHAD/BERUSAHA PADA JALAN KAMI MAKA NESCAYA ALLAH AKAN BERIKAN PETUNJUK/HIDAYAH.”

NAH SEKARANG ALLAH DAH ANUGERAHKAN SEBULAN BULAN RAMADAN, MAKA BERUSAHALAH KITA MENUJU JALAN ALLAH DENGAN BERPUASA, BANYAKKAN BERSEDEKAH, BANYAKKAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT, BANYAKKAN BACA DAN TADABBUR AL-QURAN, NESCAYA ALLAH AKAN BERIKAN HIDAYAH KEPADA KITA.

CUMA MASALAHNYA SEANDAINYA KITA TIDAK MENJAGA USAHA KITA TADI MAKSUDNYA TIDAK ISTIQAMAH SEHINGGA KE HUJUNG BULAN. ADA SESETENGAH ORANG KE MASJID UNTUK BERSOLAT TERAWIH MINGGU PERTAMA ADA BEBERAPA MINGGU SAHAJA.

APABILA MASUK MINGGU KEEMPAT, SIBUK DENGAN URUSAN UNTUK BUAT KUIH RAYA DAN MEMBELI KELENGKAPAN HARI RAYA.

 

BANYAKKAN BERSEDEKAH KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN. (GAMBAR HIASAN)

OLEH ITU JADIKANLAH RAMADAN KALI INI SEBAGAI BULAN YANG PALING BAIK DALAM HIDUP KITA.

ALLAH JANJIKAN SESIAPA YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH, MAKSUDNYA BUAT APA YANG ALLAH SURUH DAN TINGGALKAN APA YANG ALLAH LARANG, NESCAYA ALLAH AKAN BERIKAN JALAN KELUAR DARI SEGALA MASALAH KITA DAN ALLAH AKAN BERIKAN REZEKI DARI SUMBER YANG KITA TAK SANGKA-SANGKA.

ITULAH AYAT SERIBU DINAR YANG SELALU KITA GANTUNG DI DINDING RUMAH, KEDAI DAN PEJABAT.TAPI RAMAI YANG TAK FAHAM BAGAIMANA KITA NAK SELESAIKAN MASALAH RUMAH TANGGA KITA, BISNES KITA, ANAK-ANAK KITA, MASALAH JIRAN KITA, MASALAH MASYARAKAT KITA MASLAH HIDUP DAN MATI KITA.

RUJUK IDOLA KITA BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW, APA YANG BAGINDA BUAT TERUTAMANYA KETIKA MENYAMBUT RAMADAN?

KETIKA MEMASUKI RAMADAN, RASULULLAH SAW SELALU MEMPERBANYAKKAN AMALAN KEBAIKAN, LEBIHKAN BERSEDEKAH, LEBIHKAN MENGERJAKAN AMAL-AMAL SOLEH TERUTAMA YANG SUNAT SEPERTI MELAKUKAN SOLAT SUNAT RAWATIB DAN SUNAT-SUNAT YANG LAIN.

AMALKAN JUGA SIKAP SUKA SENYUM KETIKA BERTEMU DENGAN KAUM MUSLIMIN, MENYAMBUNG SILATURRAHIM, MENGUNJUNGI KAUM KERABATNYA, BERSIKAP LEMAH LEMBUT, SENANG MEMBERI DAN BERKORBAN UNTUK ORANG LAIN DAN NABI SAW MENGKHUSUSKAN BULAN RAMADAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN BACAAN AL-QURAN.

 

ELAKKAN PEMBAZIRAN DAN BERSEDERHANA KETIKA BERBELANJA MEMBELI MAKANAN.APA ISTIMEWANYA RAMADAN? INILAH KELEBIHANNYA YANG PERLU DIKETAHUI:

1. SABDA NABI SAW: “ORANG YANG BERPUASA PADA BULAN RAMADAN DENGANPENUH KEIMANAN DAN PENUH HARAPAN MAKA AKAN DIAMPUNI DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU.”

TETAPI YANG NABI SAW MAKSUDKAN ADALAH DOSA-DOSA KECIL SAHAJA YANG AKAN DIAMPUNI. ADA PUN DOSA BESAR MEMERLUKAN TAUBAT YANG KHUSUS DAN KALAU DOSA TERSEBUT TERLIBAT DENGAN MANUSIA MAKA TERLEBIH DAHULU KESALAHAN TERSEBUT DIMAAFKAN OLEH MANGSA BAHARULAH ALLAH AKAN AMPUNKAN DOSA TERSEBUT.

2. NABI SAW BERSABDA: “DI SYURGA TERDAPAT SEBUAH PINTU YANG BERNAMA AL-RAYYAN. ORANG–ORANG YANG BERPUASA AKAN MASUK MELALUI PINTU ITU. JIKA MEREKA TELAH MASUK MAKA PINTU ITU AKAN DIKUNCI SEHINGGA ORANG–ORANG SELAIN MEREKA TIDAK DAPAT MASUK KE DALAMNYA.”

3. NABI SAW BERSABDA: “ORANG YANG BERPUASA SATU HARI KETIKA BERJUANG PADA JALAN ALLAH, WAJAHNYA AKAN DIJAUHKAN ALLAH DARI NERAKA SEJAUH 70 KALI MUSIM LURUH.”

4. ALLAH ANUGERAHKAN MALAM LAILATUL QADAR YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.

5. ALLAH GANDAKAN PAHALA AMALAN PADA BULAN RAMADAN. NABI SAW BERSABDA; SETIAP AMALAN ANAK ADAM PASTI DILIPATGANDAKAN. SATU KEBAIKAN AKAN DIBALAS DENGAN SEPULUH KALI KEBAIKAN SEHINGGA 700 KALI GANDA, BAHKAN SEHINGGA GANDAAN TERTENTU SESUAI KEHENDAK ALLAH.

ALLAH BERFIRMAN: “KECUALI PUASA, KERANA PUASA ITU MILIK-KU DAN AKULAH YANG AKAN MEMBERIKAN BALASANNYA.”

6. NABI SAW BERSABDA: “KETIKA SEDANG BERBUKA, SESEORANG YANG BERPUASA MEMILIKI SATU DOA YANG TIDAK AKAN DITOLAK OLEH ALLAH.” MAKA JANGAN LEPASKAN PELUANG INI BERDOALAH KEPADA ALLAH.

7. SEGALA SYAITAN DIRANTAI, PINTU SYURGA DIBUKA DAN PINTU NERAKA DITUTUP. OLEH ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENJAGA PUASA BUKAN SAHAJA MENAHAN MAKAN DAN MINUM, BAHKAN DARIPADA SEGALA MAKSIAT MATA, TELINGA DAN MULUT SERTA LAIN-LAIN ANGGOTA.

BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN, MELAKUKAN SOLAT SUNAT DAN BERSEDEKAH. SEMOGA ALLAH MENJADIKAN RAMADAN KALI INI SEBAGAI RAMADAN YANG TERBAIK ATAU MUNGKIN YANG TERAKHIR BAGI KITA SEBELUM BERJUMPA ALLAH.

KONGSIKAN ARTIKEL INI SEMOGA MENJADI SEBAHAGIAN AMALAN JARIAH KITA PADA BULAN RAMADAN. INSYAALLAH.

LAGI
https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_Root_1559202349.jpg

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

DARIPADA IBNU UMAR R.A. BERKATA, SABDA RASULULLAH S.A.W, ”SESUNGGUHNYA HATI INI BERKARAT SEPERTI MANA BERKARATNYA BESI APABILA TERKENA AIR, SEORANG SAHABAT BERTANYA, “BAGAIMANA MENGHAPUSKAN KARAT TERSEBUT’? JAWAB NABI S.A.W.,

BANYAKKAN MENYEBUT MATI DAN MEMBACA AL-QURAN. RUMAH YANG JIKA DIBACA DI DALAMNYA AL-QURAN, AKAN DIKUNJUNGI PARA MALAIKAT DAN DIJAUHI SYAITAN DAN SELESA KEHIDUPAN AHLI RUMAH TERSEBUT DAN BANYAK KEBAIKAN DAN KURANG KEJAHATAN DAN ADA PUN RUMAH YANG TIDAK DIBACA DI DALAMNYA AL-QURAN

DIKUNJUNGI PARA SYAITAN DAN DIJAUHI PARA MALAIKAT. TIDAK SELESA KEHIDUPAN AHLI RUMAH TERSEBUT, SEDIKIT KEBAIKAN DAN BANYAK KEJAHATAN.
SUATU RIWAYAT YANG DIKELUARKAN OLEH IMAM MUSLIM, MENGATAKAN PERNAH RASULULLAH S.A.W BERLALU SERAYA MELIHAT SATU HALAQAH (PERKUMPULAN) PARA SAHABAT, LALU BAGINDA BERUJAR: APAKAH GERANGAN KAMU BERKUMPUL DI SINI? JAWAB MEREKA: “KAMI DUDUK BERZIKIR KEPADA ALLAH AZZAWAJALLA YANG TELAH MEMBERI PETUNJUK DENGAN AGAMA ISLAM, DAN TELAH BERMURAH HATI ATAS KAMI DENGAN HIDAYATNYA. UJAR BAGINDA: “DEMI ALLAH, BENARKAH ITU YANG MENYEBABKAN KAMU BERKUMPUL ITU? JAWAB MEREKA: “DEMI ALLAH, KAMI TIDAK BERKUMPUL DI SINI MELAINKAN ATAS TUJUAN ITU SEMATA-MATA.” UJAR BAGINDA PULA: “SEBENARNYA AKU TIDAK MEMINTA KAMU BERSUMPAH KERANA AKU MASIH MERAGUKAN KEBENARAN KAMU, TETAPI JIBRIL A.S. TELAH MENDATANGIKU DAN MEMBERITAHUKU, BAHAWASANYA ALLAH TA’ALA MEMUJI-MUJI KAMU DI HADAPAN PARA MALAIKAT.”
DALAM SATU RIWAYAT LAIN DIKELUARKAN OLEH AL-HAKIM, BAHAWA RASULULLAH S.A.W. MENDAPATI SUATU KELOMPOK ORANG SEDANG BERZIKIR KEPADA ALLAH TA’ALA, MAKA UJAR BAGINDA: “APA YANG KAMU BICARAKAN, SESUNGGUHNYA AKU LIHAT RAHMAT ALLAH SEDANG MENGHUJANI KAMU, DAN AKU PUN INGIN MENYERTAI KAMU SEKALIAN.”
PERNAH SATU KETIKA SEORANG SAHABAT RASULULLAH SAW, IBNU MASUD DIDATANGI OLEH SEORANG LELAKI YANG RAUT WAJAHNYA MURUNG (BERDUKA). LALU LELAKI ITU BERKATA: “WAHAI IBNU MAS’UD, BERIKANLAH KEPADAKU SATU NASIHAT YANG DAPATKU JADIKAN SEBAGAI PENAWAR UNTUK HATIKU YANG GELISAH INI. SEJAK AKHIR-AKHIR INI, PERASAANKU TIDAK BEGITU TENTERAM, JIWAKU SENTIASA GELISAH, FIKIRANKU JUGA SELALU KUSUT. AKU TIDAK SELERA HENDAK MAKAN, TIDURKU PUN TIDAK LENA.”
MENDENGAR ITU IBNU MAS’UD TERUS BERKATA: “SEKIRANYA ITULAH PENYAKIT YANG MENIMPA JIWAMU, MAKA HENDAKLAH KAMU BAWA HATIMU MENGUNJUNGI TIGA TEMPAT IAITU , TEMPAT ORANG MEMBACA AL QURAN SAMA ADA KAMU MEMBACANYA ATAU KAMU MENDENGARNYA. KEDUA, MAJLIS PENGAJIAN YANG MENGINGATKAN HATIMU KEPADA ALLAH DAN KETIGA, CARILAH TEMPAT DAN WAKTU YANG SESUAI SUPAYA KAMU DAPAT BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN KHUSYUK DAN TULUS IKHLAS.”
SEBENARNYA SEGALA-GALANYA BERBALIK PADA HATI KITA INI. SEBAB ITU KITA PERLU BANYAK BERDOA AGAR HATI KITA SENTIASA DEKAT DENGAN ALLAH SWT. HANYA DENGAN DOA BARULAH KITA BOLEH KHUSYUK DAN CUBALAH AMALKAN DOA INI YANG MAFHUMNYA: “YA ALLAH YA TUHANKU , SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG DENGAN-MU DARIPADA HATI YANG TIDAK KHUSYUK, DAN DOA YANG TIDAK DIDENGARI, DAN DARIPADA NAFSU YANG TIDAK PUAS SERTA ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT. AKU BERLINDUNG DENGAN-MU DARIPADA EMPAT PERKARA ITU.”
SELAIN PAHALA DAN RAHMAT ALLAH YANG KITA PEROLEHI DARI MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR KEPADA ALLAH TA’ALA, KITA JUGA AKAN MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN AGAMA, MENGUATKAN IMAN, MENEMPA KETENTERAMAN, MENGHAPUSKAN DARI HATI SEGALA PERKARA YANG MERUNGSINGKANNYA. INI ADALAH MUJARAB BAGI ORANG YANG BIASA MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR KEPADA ALLAH TA’ALA, KERANA AL-QURAN DAN ZIKRULLAH ITU MENJADI JAMPI DAN PENAWAR BAGI SEMUA PENYAKIT HATI DAN KETIDAK-TENTERAMAN JIWA DAN FIKIRAN.
SUMBER: WWW.CAHAYAMUKMIN.BLOGSPOT.COM

LAGI
https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_Root_1559202290.jpg

KELEBIHAN BERSOLAT DI MASJID

DARIPADA ABU HURAIRAH RA BAHAWA NABI SAW BERSABDA, “SESIAPA YANG PERGI KE MASJID DI WAKTU PAGI ATAU PETANG, ALLAH SWT MENYEDIAKAN UNTUKNYA SESUATU HIDANGAN YANG BIASA DIBERIKAN KEPADA TETAMU SYURGA BAGI SETIAP KALI IA PERGI KE MASJID SAMA ADA PAGI ATAU PETANG”.

(HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM)

HURAIAN HADITH :

ALLAH SWT SANGAT MEMULIAKAN HAMBA-NYA YANG RAJIN PERGI KE MASJID UNTUK BERIBADAT SAMA ADA DI WAKTU PAGI PETANG DENGAN NIKMAT-NIKMAT YANG BESAR DAN TERISTIMEWA DARIPADA HAMBA-HAMBA-NYA YANG LAIN.
ORANG YANG BERAMAL SOLEH LAGI BERTAQWA AKAN MENDAPAT GANJARAN PAHALA DAN NIKMAT YANG BERGANDA-GANDA DI AKHIRAT KELAK.

SUMBER :

KITAB RIYADHUS SALIHIN

KEMASKINI TERAKHIR: 23 OGOS 2016
HITS: 12111

LAGI
https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_Root_1559202147.jpg

PAKAIAN REMAJA: DI MANA SILAPNYA?

“PAKAIAN REMAJA?” JIKA KITA DENGAR ATAU BACA PERKATAAN TERSEBUT, SECARA AUTOMATIK KITA AKAN TERBAYANG CARA BERPAKAIAN REMAJA KITA SEKARANG TERUTAMA PAKAIAN REMAJA PEREMPUAN. JENIS PAKAIAN YANG PALING AWAL TERGAMBAR DI MINDA KITA ADALAH PAKAIAN MEREKA YANG SEKSI, KETAT, TERLONDEH SANA SINI DAN DEDAH SANA SINI.TIDAK DINAFIKAN PAKAIAN DEMIKIAN JUGA DIKENAKAN OLEH BELIA DAN ORANG DEWASA, NAMUN TUMPUAN KITA KINI ADALAH KEPADA GOLONGAN REMAJA YANG BAKAL MENERAJUI NEGARA.

CARA BERPAKAIAN JUGA MENCERMINKAN AKHLAK, JADI IA AMAT PENTING UNTUK DIBINCANGKAN BAGI MENJAGA AKHLAK REMAJA KITA. DI DALAM AL-QURAN, ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AL-AHZAB AYAT 59 TAFSIRNYA :

“WAHAI NABI, SURUHLAH ISTERI-ISTERIMU DAN ANAK-ANAK PEREMPUANMU SERTA PEREMPUAN-PEREMPUAN BERIMAN SUPAYA MELABUHKAN PAKAIANNYA BAGI MENUTUP SELURUH TUBUHNYA (SEMASA MEREKA KELUAR) CARA DEMIKIAN LEBIH SESUAI UNTUK MEREKA DIKENALI (SEBAGAI PEREMPUAN YANG BAIK) MAKA DENGAN INI MEREKA TIDAK DIGANGGU. DAN (INGATLAH) ALLAH ADALAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI.”

DARI AYAT DI ATAS TADI, JELAS PADA KITA BAHAWA PAKAIAN SEBILANGAN REMAJA KITA KINI BERTENTANGAN DENGAN SURUHAN DAN PERINTAH ALLAH. NAMUN, MEREKA TIDAK MENGHIRAUKAN YANG DEMIKIAN ASALKAN MEREKA NAMPAK BERGAYA, MENARIK, SELESA ‘KONONNYA’ DAN MENGIKUT GAYA FESYEN TERKINI. SELAIN PAKAIAN YANG JELAS MENJOLOK MATA, RAMAI JUGA DI KALANGAN REMAJA KITA YANG BERPAKAIAN ‘2H’, HALAL TAPI HARAM. INI AMAT KETARA JIKA KITA PERHATIKAN SEKELILING KITA, RAMAI JUGA REMAJA KITA YANG BERTUDUNG.

APABILA SEKALI LIHAT, MEMANG NAMPAK MEREKA MENUTUP AURAT, NAMUN JIKA DIPERHATIKAN RAMAI DI KALANGAN MEREKA YANG BERPAKAIAN KETAT DAN TIDAK KURANG YANG BERLENGAN PENDEK. PAKAIAN LENGAN ‘THREE QUARTER’ (TIGA PEREMPAT) PALING GLAMOR DI KALANGAN REMAJA YANG BERTUDUNG. SUATU KETIKA DULU, PAKAIAN DEMIKIAN BEGITU MENGAIBKAN DAN MEMALUKAN, NAMUN KINI SEOLAH-OLAH PAKAIAN YANG DIALU-ALUKAN. MANA TIDAKNYA, PAKAIAN SEDEMIKIAN BANYAK ‘BERSANGKUTAN’ DAN ‘BERAMPAIAN’ DI GEDUNG-GEDUNG PERNIAGAAN DI NEGARA KITA INI.

PELBAGAI FESYEN BARU TUMBUH BAGAI CENDAWAN. TERDAPAT JUGA PAKAIAN BERSAIZ KECIL SEHINGGA TIDAK KETERLALUAN JIKA KITA KATAKAN SEKARANG BEGITU SUKAR UNTUK MEMBEZAKAN ANTARA PAKAIAN KANAK-KANAK DAN REMAJA. JIKA KITA KUPAS ‘2H’ MEMANG BANYAK PENGERTIANNYA. NAMUN SATU SAHAJA LAGI YANG AKAN KITA PERKATAKAN DI SINI, PAKAIAN TRADISI KITA YANG TELAH DIEKSPLOITASIKAN. BAJU KURANG MISALNYA, PAKAIAN RASMI NEGARA KITA YANG BEGITU SOPAN DIPANDANG MATA, NAMUN YANG MENYEDIHKAN KAINNYA TELAH DIBELAH SEHINGGA MENAMPAKKAN BETIS KETIKA SI PEMAKAI MELANGKAH.

TREND ‘PUNK’, ‘FUNKY’, ‘RAPPERS’, ‘GENGSTER’, ‘SKINHEAD’, ‘GRUNGE’ DAN SEBAGAINYA JUGA MEMPUNYAI CARA PEMAKAIAN MEREKA YANG TERSENDIRI. TREND DEMIKIAN BUKAN HANYA DI KALANGAN KAUM LELAKI MALAH KAUM PEREMPUAN. WALAUPUN PAKAIAN REMAJA LELAKI TIDAK BEGITU MENIMBULKAN MASALAH DALAM MENDEDAHKAN AURAT, NAMUN IA TIDAK SOPAN MALAH MENJATUHKAN MARUAH BUDAYA NEGARA KITA. INI KERANA PAKAIAN TERSEBUT MELAMBANGKAN KELEMAHAN PEGANGAN REMAJA KITA TERHADAP AGAMA DAN BUDAYA BANGSA.

BANGSA ASING MENTERTAWAKAN AKAN KEBODOHAN DAN KELEMAHAN REMAJA KITA KERANA DENGAN MUDAH MEREKA MEMBELI DAN MEMPENGARUHI MINDA REMAJA KITA. SEBILANGAN DARI REMAJA KITA JUGA, ‘LUPA’ ATAU ‘TIDAK TAHU’ AKAN JANTINA MEREKA SENDIRI SEHINGGA SI LELAKI MEMAKAI PAKAIAN PEREMPUAN, SEMENTARA PEREMPUAN PULA SEBALIKNYA, SUNGGUH KASIHAN. GOLONGAN SEPERTI INI ADALAH DILAKNAT OLEH ALLAH. INI JELAS DINYATAKAN DALAM HADIS NABI BESAR KITA MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM YANG BERMAKSUD,

“SESUNGGUHNYA ALLAH MELAKNAT LELAKI YANG MENYERUPAI WANITA DAN WANITA YANG MENYERUPAI LELAKI.”

DENGAN SEDIKIT CONTOH PAKAIAN DI ATAS, JELAS PADA KITA BAHAWA CARA BERPAKAIAN SEBAHAGIAN REMAJA KITA BERTENTANGAN DENGAN CARA PAKAIAN BUDAYA MELAYU SEKALI GUS BERTENTANGAN DENGAN CARA PEMAKAIAN YANG DIGARISKAN ISLAM, AGAMA RASMI NEGARA KITA. PARA REMAJA BEGITU GHAIRAH UNTUK MENGIKUT BUDAYA ASING YANG DIANGGAP MODEN DAN MAJU. MEREKA TAKUT DAN TERLALU EGO UNTUK DIKATAKAN KETINGGALAN ZAMAN, KUNO DAN BERFIKIRAN SEMPIT.

ISLAM MEMANG MENGGALAKKAN KITA UNTUK TERUS MEMAJUKAN DIRI DAN BUKANLAH MENJADI KESALAHAN JIKA KITA MENGIKUT NEGARA-NEGARA BARAT TERSEBUT SELAGI IA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN ISLAM YANG SUCI. NAMUN DALAM HAL PAKAIAN, TIDAK SESUAI UNTUK KITA MENGIKUT MEREKA, INI KERANA PAKAIAN MEREKA YANG JELAS BERTENTANGAN DENGAN ISLAM DAN TIDAK SESUAI DENGAN CARA HIDUP NEGARA KITA YANG BERFALSAFAHKAN MELAYU ISLAM BERAJA (MIB). SEBAGAI REMAJA MELAYU MUSLIM, KITA TIDAK PERLU MENGIKUT BUDAYA ASING DALAM CARA BERPAKAIAN.

PAKAIAN KITA SUDAH CUKUP SEMPURNA DAN SOPAN DIPANDANG. BERBAJU KURUNG BAGI KAUM PEREMPUAN, MANAKALA BERBAJU ‘MIB’ DAN CARA MELAYU BAGI LELAKI. NAMUN TIDAK SEMUA PAKAIAN TRADISI TIDAK SESUAI UNTUK AGAMA ISLAM. JIKA KITA LIHAT PAKAIAN TRADISI MELAYU, BAJU KEBAYA ZAMAN DAHULU CONTOHNYA, KETAT DAN ANTARANYA DIBUAT DARI KAIN KASA SEHINGGA MENAMPAKKAN KULIT SI PEMAKAINYA. PUN BEGITU, PAKAIAN TERSEBUT TELAH DIPERBAIKI DENGAN REKAAN PAKAIAN KEBAYA LABUH. JADI KITA BOLEHLAH MENGENAKAN PAKAIAN TERSEBUT.

DI SINI TIDAK BERMAKSUD AGAR REMAJA KITA SENTIASA MENGENAKAN PAKAIAN DEMIKIAN, REMAJA KITA BOLEH JUGA MEMAKAI MANA-MANA PAKAIAN YANG BERSESUAIAN DENGAN SITUASI DAN TEMPAT. BERSUKAN CONTOHNYA, LELAKI HENDAKLAH MEMAKAI PAKAIAN SUKAN DAN BERSELUAR PANJANG, MANAKALA PEREMPUAN BERTUDUNG, BERSELUAR PANJANG DAN BERBAJU LENGAN PANJANG. BEGITU JUGA KETIKA BERJALAN BERSIAR-SIAR DAN MAKAN ANGIN. WALAUPUN TANPA MEMAKAI BAJU KURUNG, MIB ATAU CARA MELAYU, REMAJA KITA BOLEH JUGA MEMAKAI KEMEJA DAN ‘BLAUS’ BERLENGAN PANJANG, LABUH DAN TIDAK MENAMPAKKAN KULIT SERTA BERTUDUNG BAGI KAUM HAWA.

SEBENARNYA, TIADA BUDAYA YANG TERTENTU YANG MESTI DIIKUT DALAM BERPAKAIAN. KITA BOLEH MENGIKUT BUDAYA KITA SENDIRI ATAU BUDAYA ASING SEPERTI BUDAYA ARAB DENGAN MEMAKAI JUBAH ATAU BUDAYA CINA DAN SEBAGAINYA SELAGI IA SOPAN DAN MEMENUHI GARIS PANDU YANG DITETAPKAN ISLAM. REMAJA ITU SENDIRI YANG TAHU PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN SELERA MEREKA. TEPUK DADA TANYA SELERA! PALING PENTING HUKUM ISLAM JANGAN DIPERMAINKAN.

LAGI
https://my06.awfatech.com/irsyadiyah/content/news/newsf1_Root_1559202100.jpg

PERIHAL MENGENAI SAHABAT

SAHABAT MERUPAKAN ANTARA ORANG YANG PALING DEKAT DENGAN KITA SELAIN MENJADI TEMPAT KITA BERKONGSI DAN MENCERITAKAN PERMASALAHAN HIDUP DAN SAHABAT JUGA MENJADI PENASIHAT DAN PEMBIMBING KITA DI KALA KITA KESEMPITAN. NAMUN SAHABAT JUGA TERKADANG BOLEH MENJADI RACUN DALAM KEHIDUPAN KITA JIKA KITA SALAH MEMILIH.

MENGEKALKAN PERSAHABATAN
SALING MEMBERI KEBEBASAN PERSAHABATAN MEMBERI KITA RUANG UNTUK BERKONGSI SUKA DUKA BERSAMA DAN BUKANNYA UNTUK SALING MENYAKITI DAN MEMBENCI DI ANTARA SATU SAMA LAIN. TETAPI MENJADI SAHABAT BAIK JUGA TIDAK BERMAKNA KAMU HARUS MEMILIKI SELURUH RUANG HIDUPNYA.

MISALNYA, MELARANG TEMANMU MEMBUAT ITU DAN INI. MALAH KAMU JUGA SIBUK MENGATUR PERJALANAN HIDUPNYA. INI JELAS MENUNJUKKAN KAMU TERLALU MEMENTINGKAN PERASAAN SENDIRI TANPA MEMPEDULIKAN PERASAAN ORANG LAIN. APALAH SALAHNYA JIKA KAMU SALING MENGHORMATI HAK KEBEBASAN DIRINYA. DAN APA YANG PENTING, SI DIA JUJUR PADA PERSAHABATANNYA.

SALING MENAHAN RASA CEMBURU
RAMAI YANG BERKATA CEMBURU ITU BUNGANYA CINTA. TANPA CEMBURU PERSAHABATAN YANG DIBINA TAK ADALAH ‘THRILL’NYA. TETAPI CEMBURU YANG MEMBABI BUTA BOLEH MENJEJASKAN HUBUNGAN. ADA BAIKNYA SEBELUM API CEMBURUMU MEMUNCAK, CUBA SELIDIKI DAHULU KEBENARANNYA. JIKA ADA YANG TAK KENA, TANYALAH TEMANMU ITU DENGAN BAIK TANPA BERSIKAP MARAH DAN MENUDUH.

USAHAKAN UNTUK BERBICARA DENGAN FIKIRAN YANG MATANG DAN TENANG. SEBENARNYA PERASAAN CEMBURU INI TIDAK PERLU TERLALU DITONJOLKAN KERANA INI BOLEH MEMBUATKAN TEMANMU ITU NAIK TOCANG. DIA AKAN MEMPERGUNAKAN KELEMAHAN KAMU ITU UNTUK MEMBUAT KAMU BERASA CEMBURU DENGAN BERULANG KALI. TENTU MENYAKITKAN…

SALING MEMAHAMI
UNTUK MENJADI SAHABAT YANG BAIK KAMU HARUS BERUSAHA MEMAHAMI DAN MENGENALI DIRI SENDIRI SERTA PERMASALAHANNYA DENGAN LEBIH MENDALAM. MISALNYA TEMANMU ITU MENOLAK AJAKANMU UNTUK KELUAR MENONTON WAYANG BERSAMA, KAMU TIDAK BOLEH MEMBUAT TANGGAPAN YANG BUKAN-BUKAN TENTANG DIRINYA. MUNGKIN DIA MEMPUNYAI URUSAN YANG MESTI DISELESAIKAN TERLEBIH DAHULU. ADALAH LEBIH BAIK KAMU MENCARI HIBURAN SENDIRI LAGIPUN ESOK MASIH ADA MASA UNTUK KAMU BERTEMU SI DIA.

SALING MENGALAH
DEMI MENYELAMATKAN HUBUNGAN, TIDAK ADA RUGINYA SEKALI SEKALA KAMU BERSIKAP MENGALAH. KAMU DAN SI DIA SERING BERCANGGAH PENDAPAT. SEPERTI MENONTON WAYANG, KAMU SUKAKAN FILEM ROMANTIK TETAPI DIA PULA SUKA FILEM AKSI. OLEH KERANA SAYANGKAN TALI PERSAHABATAN YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA MAKA SI DIA SENTIASA MENURUTI SEGALA KEMAHUANMU SEMATA-MATA MAHU MENJAGA HATI DAN PERASAANMU. TETAPI BILA DIFIKIRKAN SEMULA, APALAH SALAHNYA SEKALI SEKALA KAMU PULA YANG BERALAH DAN CUBA BELAJAR MEMAHAMI MINATNYA. SITUASI INI TENTU AKAN MEMBUAT SI DIA BERASA BAHAGIA DAN LEBIH MENYAYANGI DIRIMU.

SALING MEMBERI KEMAAFAN
MEMAAFKAN PERLU TETAPI TIDAK MUDAH SELAGI PERASAAN KESAL DAN KECEWA MENGUASAI DIRI. TETAPI SEBAGAI INSAN BIASA, KITA TIDAK DAPAT LARI DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN. LAGIPUN, SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA KITA SESAMA SENDIRI. BELAJAR MENJADI SEORANG TEMAN YANG SUDI MEMBERI KEMAAFAN KEPADA ORANG LAIN BIARPUN KAMU SENDIRI TAHU PERKARA ITU BUKANLAH BERPUNCA DARI KESALAHAN ATAU KESILAPAN DIRIMU.

CARA-CARA MEMILIH SAHABAT

NASIHAT YANG BOLEH DIIKUTI DALAM MEMBINA PERSAHABATAN IALAH SEBAGAIMANA PESANAN AL-QAMAH (SEORANG SAHABAT RASULULLAH SAW) KEPADA ANAKNYA:

PERTAMA,
PILIHLAH SAHABAT YANG SUKA MELINDUNGI SAHABATNYA, DIA ADALAH HIASAN DIRI KITA DAN JIKA KITA DALAM KEKURANGAN NAFKAH, DIA SUKA MENCUKUPI KEPERLUAN.

KEDUA,
PILIHLAH SEORANG SAHABAT YANG APABILA ENGKAU MENGHULURKAN TANGAN UNTUK MEMBERIKAN JASA BAIK ATAU BANTUANMU, DIA SUKA MENERIMA DENGAN RASA TERHARU, JIKALAUIA MELIHAT KEBAIKAN YANG ADA PADA DIRIMU, DIA SUKA MENGHITUNG-HITUNGKAN (MENYEBUTNYA).

KETIGA,
PILIHLAH SEORANG SAHABAT YANG APABILA ENGKAU MENGHULURKAN TANGAN UNTUK MEMBERIKAN JASA BAIK ATAU BANTUANMU, IA SUKA MENERIMA DENGAN RASA TERHARU DAN DIANGGAP SANGAT BERGUNA, DAN JIKA IA MENGETAHUI MENGENAI KEBURUKAN DIRIMU IA SUKA MENUTUPINYA.

KEEMPAT,
PILIHLAH SAHABAT YANG JIKALAU ENGKAU MEMINTA SESUATU DARIPADANYA, PASTI IA MEMBERI, JIKALAU ENGKAU DIAM, DIA MULA MENYAPAMU DULU DAN JIKA ADA SESUATU KESUKARAN DAN KESEDIHAN YANG MENIMPA DIRIMU, DIA SUKA MEMBANTU DAN MERINGANKANMU SERTA MENGHIBURKANMU.

KELIMA,
SAHABAT YANG JIKALAU ENGKAU BERKATA, IA SUKA MEMBENARKAN UCAPAN DAN BUKAN SELALU MEMPERCAYAINYA SAJA. JIKALAU ENGKAU MENGEMUKAKAN SESUATU PERSOALAN YANG BERATDIA SUKA MENGUSAHAKANNYA DAN JIKA ENGKAU BERSELISIH DENGANNYA, DIA SUKA MENGALAH UNTUK KEPENTINGANMU.

DALAM MEMILIH SAHABAT KITA HENDAKLAH MEMILIH SAHABAT YANG BAIK AGAR SEGALA MATLAMAT DAN HASRAT UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM DAPAT DILAKSANAKAN ERSAMA-SAMA SAHABAT YANG MULIA.

SUCIKANLAH 4 HAL DENGAN 4 PERKARA : “WAJAHMU DENGAN LINANGAN AIR MATA KEINSAFAN, LIDAHMU BASAH DENGAN BERZIKIR KEPADA PENCIPTAMU, HATIMU TAKUT DAN GEMENTAR KEPADA KEHEBATAN RABBMU, ..DAN DOSA-DOSA YANG SILAM DI SULAMI DENGAN TAUBAT KEPADA DZAT YANG MEMILIKI MU.”

SUMBER: HTTP://IBNUFARIZ.BLOGSPOT.COM/

LAGI

Page 1 of 1