:
E-SUMBANGAN/WAQAF%20PENDINGIN%20HAWA


Assalamualaikum,

Pusat Pendidikan Irsyadiyah dengan rendah hati memohon sumbangan wakaf dari tuan dan puan sekalian untuk membantu kami memasang sistem pendingin hawa lapan (8) bilik kelas di premis baru kami (tingkat 1 atas Secret Recipe Bandar Tasik Puteri)

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi tumpuan kepada pembelajaran agama, kami berusaha untuk menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif bagi pelajar-pelajar kami.

Dalam usaha menyediakan kemudahan tersebut, kami memerlukan bantuan dari para dermawan untuk menderma wakaf bagi tujuan tersebut. Setiap sumbangan tuan dan puan adalah satu langkah ke hadapan dalam memastikan pelajar-pelajar kami dapat belajar dalam suasana yang lebih baik.

 Jumlah kos pemasangan:

BIL. PERKARA KOS
1 DAIKIN : FCC50A/RC50B-3CK-LF (2.0HP) RM3099 X 8 Unit RM 24,792
2 Pemasangan Biasa (RM730 x 8) RM   5,840
3 Pendawaian tambahan (RM250 X 8) RM   2,000
JUMLAH KESELURUHAN RM 32,632

 

Kami berharap tuan dan puan dapat membantu memberikan sumbangan yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Semoga Allah SWT membalas kebaikan dan sumbangan tuan dan puan dengan pahala yang berlipat ganda. Sumbangan tuan dan puan boleh disalurkan ke akaun di bawah:

NAMA           : SEKOLAH RENDAH ISLAM IRSYADIYAH

BANK            : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

NO AKAUN : 12207010000893

RUJUKAN   : WAKAF PENDINGIN HAWA

Terima kasih atas sokongan tuan dan puan sekalian.

Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh berhubung dengan mudir Ustaz Mohamad Bakir - 019-272 1164